Assalamualaikum kwn2.. hai! :)
hari ni nak cakap pasal si C ni.. serius, si C ni senantiasa buat aku sedeh.. merosakkan hubungan sesama insan lain, membuatkan aku stress bin tensen, buat aku x lalu mkn semua..huhu.. kejam la si C ni kan..tapi...xleh ckp kejam..sbb si C ni ada kaitan dgn aku jugak sbnarnya.. huhu..
siapakah si C???
tolong...tolong..jauhi aku daripadanya Ya Allah...
si C ini adalah C.E.M.B.U.R.U!
kenapa aku ni kuat sgt cemburu eh? adoi..pening2..tapi aku x rasa aku cemburu..tpi rasa mcm betul la aku ni sebenarnya cemburu..kuat sgt ckp lu..sedeh sgt bila cemburu..n buatkan byk sgt pergaduhan..even dgn my beloved fiancee n my beloved fren jugak.. Masya-Allah..cemburu ni sifatnya mazmumah..! x patut ada dlm diri..yeke? patut ada tapi sikit jela..bila perlu mungkin.. tolong..tolong..nak buat mcm mana ni??? huhu.. tensen sgt bila fikir pasal ini..even mende yang simple pun akan jadi satu benda yang sangat besar.. jom kita mengenal pasti sebab dan akibat serta kelebihan dan kekurangan gejala ini..
kelebihan si C . . . . . .
jap nak pikir..mm..mungkin ni kot..
1. bila aku cemburu, mesti aku x lalu mkn, so dapat la savekan duit.
2. bilamana cemburu, mesti aku merajok n x msj..so jimat kredit
apa lagi eh???
kekurangan si C. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
1. cemburu buat kita fikir negative. ye! tersangat lah negetif..mcm2 kita akan fikir..dan semuanya negatif dan buat kita fikir kita je yg betul. dy salah.
2. cemburu buat kita stress sbbnye bila cemburu kan x lalu mkn, so lapar..stress sgt..n buat kan kte mkn lgi byk sbnrnye sbb stress..
3. cemburu buat kita
4. cemburu buat kan hubungan kita dengan dia berantakan..sedeh sgt.... :( sbb kita sendiri yang pilih untuk cemburu semua..dan buatkan pasangan kita tertekan.. maafkan sy sbb x dpt jadi pasangan yang terbaik buat awak... :( :( :(
5. cemburu dapat menguasai semua pemikiran dan kefocusan kita. bila buat semua keje, mesti kita x focus..dan terfikir-fikir..jhatnye cemburu ni..
6. cemburu buatkan kita jatuh sakit.. mcm2 sakit..demam rindu, selsema rindu, batuk rindu..
7. cemburu juga membuatkan hilangnya kepercayaan kita pada pasangan kita.. mana pergi semua kepercayaan kita pada pasangan kita selama ni?? buatkan kita hilang kesabaran..
8. paling penting cemburu ini membuatkan diri kita jauh sangan dengan Allah..sbbnye bila cemburu, byk sifat lain yang dtg..yg buruk pulak tu..kalau baik xpela..huhu.. Ya Allah, jauhilah aku daripada sifat ini..
subhanallah..teruknya si C ini dalam diri aku..
cara mengatasi gejala si C..
1. mengenalpasti.
Anda harus mengenalpasti apakah punca yang membuatkan anda cemburu. Kemudian luangkan sedikit masa untuk menilai hubungan sebelumnya. Tanyakan kepada diri sendiri apa yang salah dan apa yang benar. Barulah anda memikirkan sama ada anda perlu cemburu atau tidak. Perasaan cemburu amat penting dalam perhubungan tetapi sekiranya ia tidak di kawal dengan baik, ia akan menyebabkan sesuatu hubungan itu akan terputus. Sebelum menunjukkan perasaan cemburu anda terhadap seseorang, anda perlu tahu adakah perasaan cemburu itu akan mengeratkan lagi sesuatu hubungan ataupun sebaliknya. Jangan disebabkan kesalahan lampau yang telah dilakukan pasangan mempengaruhi perasaan cemburu anda.
2. cuba memahami situasi
Anda tidak boleh melihat sesuatu situasi itu dari pandangan pihak anda sahaja. Lihatlah situasi itu dari sudut pandangan luar. Cuba untuk menempatkan diri anda pada kedudukan pasangan anda dan memahami bagaimana dia melihat situasi itu. Ataupun anda boleh tanyakan pada pihak neutral mengenai pandangan mereka. Dan ini akan mengelakkan anda daripada berada dalam situasi yang sukar serta dapat membantu untuk membuat keputusan yang sewajarnya.
3. perbincangan.
Perbincangan adalah cara terbaik untuk mengawal perasaan cemburu. Pasangan dinasihat untuk menetapkan had komunikasi antara satu sama lain. Ini akan dapat membantu pasangan anda untuk mengetahui batas-batas pergaulan dengan pihak lain dan dapat mengelakkan anda daripada berperasaan cemburu. Dengan cara itu, ketika salah seorang daripada anda melanggar peraturan, ada alasan untuk anda berasa cemburu. Hujah anda boleh berdasarkan realiti dan bukannya imaginasi.
4. berfikiran positif
Sekiranya seseorang itu sentiasa berfikiran positif, masalah perasaan cemburu itu dapat di atasi. Tetapi pasangan haruslah untuk tidak mempergunakan kepercayaan yang anda telah berikan. Sekiranya sekali kepercayaan itu telah disalahguna, kemungkinan perasaan cemburu itu akan menjadi semakin tebal di dalam diri seseorang. Lebih teruk lagi jika sedikit kepercayaan pun tidak diletakkan terhadap pasangan. Gunakanlah kepercayaan yang diberikan dengan sebaik mungkin dan ini secara tidak langsung akan dapat mengawal perasaan cemburu anda.
"ALAMI CEMBURU DENGAN KETENANGAN" by
http://www.kuatbatin.com/blog/lima-cara-penenang-rasa-cemburu/
Ya Allah..Engkau jauhilah aku dengan sifat ini.. Kau limpahkanlah kesabaran dalam hatiku..kuatkanlah hatiku..dan Engkau berikanlah aku ingatan yang kuat kepadaMu.. Panjangkanlah jodohku dengan insan yang aku sayangi..
wasalam..



" YA Allah, selamatkanlah aku dari kejahatan nafsuku.. "
ReplyDeleteDoa yg selalu zati amal. Berusaha tangani dan berdoa kpd Allah. :)
Normal la cemburu awakkkk !
tq zati.. :) hee.. a'aa..normal kan C ni..tapi, haruslah bersederhana.. :D
Delete