masa berlalu pergi..dengan sayu dan sepi.. hanya esakkan tangisan menemani siang dan malam hari..tangisan yang hanya mampu didengar olehku sendiri..tidak mungkin didengar oleh orang lain..apatah lagi di mengerti oleh insan yang aku harapkan..
apakah erti tangisan ini?
tangisan yang membawa erti kekosongan..kesunyian.. dimana teguhnya iman ku..? untuk terus mengharungi dugaan-dugaan..cabaran-cabaran..yang harus aku hadapi.. kesedihan kerana seorang lelaki..kesedihan kerana seorang sahabat..cukup hebat meragut semua senyuman dan kegembiraan yang penah aku kecapi..hanya tangisan menemani hari-hariku..
bakal imamku..
bukan kekayaan yang aku damba..bukan ferrari yang aku pinta..bukan bintang yang aku inginkan dirimu gapai buatku..apatah lagi galaksi milik Allah ini.. bukan kasihan yang aku perlukan darimu, bukan tundukan yang aku pinta..bukan sahaja aku mahu dirimu menjadi imamku yang memimpinku..ke jalan yang benar, menjadi superheroku yang gagah perkasa...tapi..aku mahukan hanya PENGERTIAN DARIMU TENTANG DIRIKU..
ketahuilah bahawa bakal isterimu ini seorang wanita yang lemah..yang pernah mengharungi kehidupan yang berat di usia yang masih mentah..yang dipenuhi dengan duka dan luka.. isterimu ini juga penuh dengan sifat-sifat yang pasti engkau tidak mampu mengawalnya..yang kuat dengan perasaan cemburu, seorang yang sangat mudah tersentuh..hati yang sangat sensetif untuk kau selami..yang penuh dengan kekurangan yang hanya mampu disempurnakan olehmu.. sesungguhnya jangan lah engkau meninggalkan aku disaat-saat aku memerlukan mu..disaat aku menagih perhatian mu.. disaat aku tanpa seorang sahabat.. jadilah sahabat baikku disaat itu..jangan biarkan ku mencari jalan keluar masalah yang aku hadapi.. jangalah kamu membuatkan aku rasa keseorangan..isilah hariku dengar kehadiranmu.. hiasilah hatiku dengan cintamu yang ikhlas kerana Illahi..jadikan lah HANYA aku sebagai penemanmu.. jika dirimu merasakan berat untuk menggalas tanggungjawab yang berat ini, janganlah engkau berikan aku harapan..janganlah engkau memberikan aku kasih sayangmu....
imamku..aku menunggumu....



No comments:
Post a Comment