tiba-tiba... KATIL AKU GOYANG2!!
huhu..tu la..tido lagi, bukan nk solat asar.. then aku pn kuar bilik n my mom pun bising sal rumah bergoyang..mak aku risau sgt takot rumah ni roboh..aku pun da cuak..
gegaran itu menjadi tanda tanya sehinggalah kami tahu ada gempa bumi di aceh..subhanallah..
8.9 skali richer. kuat sgt gegaran tu smpai kat umah aku pun boleh rasa..aku x taw la klu aku kat aceh cane..msti rase lagi kuat. Ya Allah, lindungilah kami semua..
then kuarlah satu statement kat FB..
gegaran berukuran 8.9 skala richter, jika dilihat tafsir Quran surah Al-Anfal iaitu surah ke-8 pada ayat ke 9.. [8-9: (Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan daripada Rab (Tuhan) kamu, lalu Dia (Allah) memperkenankannya (dan Allah berfirman): “Sesungguhnya Aku (Allah) akan membantu kamu dengan seribu malaikat yang datang berduyun-duyun.”aku pun belek la tafsir..tentang ayat ni.. subhanallah..
point yg kita boleh ambil adalah Allah sahaja yang boleh tolong kita dan kita kena memohon kepadaNya..
tapi kwn2.. jangan nak pertikaikan yang kita main dengan no plak.
contohnya pasal kiamat 2012..isu ni jadi isu besar and ada yang kaitkan 2012 dengan no di dalam Al Quran.. tapi kita x sedar, sibuk kita pertikaikan hal tu bukan nak pikir dari aspek kenyataan dimana jikalau kiamat 2012 adakah kita benar-benar bersedia ataupun tidak. isu ni yang patut dibangkitkan supaya hati kita akan selalu ingat bahawa kehidupan ini hanya sementara..dan mempersiapkan diri kita sebaiknya..
sekadar perkongsian buat semua.. :D
No comments:
Post a Comment